Monday, 13 October 2014

Muzium Angkatan Tentera, Port Dickson

Tempat menarik di Port Dickson. Untuk entry hari ini nak kongsi pengalaman ketika melawat Muzium Angkatan Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Muzium Tentera Darat adalah salah satu yang menarik untuk di kunjungi di Port Dickson. Sekurang-kurangnya, dapat mendidik kita untuk lebih mengetahui perjalanan, pahit getir para pahlawan negara kita memerangi musuh negara di era kegemilangan Kesultanan Melaka hingga lah ke hari ini.


Didalam ruang pameran, selain pakaian dan senjata terdapat juga terowong Komunis untuk di lawati. Disebabkan masa tidak mengizinkan tak dapat laa untuk dikongsikan dalam entry kali ini.


Apa pun, dalam banyak-banyak pameran, hati ini terpanggil untuk berkongsi kisah Adnan Bin Saidi atau lebih di kenali sebagai Leftenan Adnan.



Leftenan Adnan yang gagah berjuang menentang Jepun. Sebak hati ini bila dapat tahu bagaimana Leftenan Adnan mati di bunuh. Di ruang pameran ada diletak simbolik bagaimana pejuang negara ini dibunuh. 

Apa pun, hanya ini lah yang dapat di kongsikan berkenanaan Adnan Bin Saidi...

Jalan-jalan di Bandar Melaka

Jalan-jalan di Bandar Melaka

Di Bandar Melaka sendiri, banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antara mercu tanda Bandar Melaka ialah Menara Taming Sari and Eye of Melaka (dahulu dikenali sebagai Eye of Malaysia) yang di pindahkan dari Kuala Lumpur. Kalau setakat nak stay sehari dua, memang tak sempat nak jelajah kesemua tempat di Melaka nie... Teman dan keluarga pun tak sempat nak jelajah kesemua tempat... Kali ini cuma sempat berkunjung ke Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise je...


Menara Taming Sari





Melaka River Cruise

Disebelah Malamnya kami ke Melaka River Cruise. Adalah suatu kemestian untuk menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam. Serious, memang best betul berkunjung ke Melaka River Cruise nie... Lain dari yang lain... selain dapat melihat panorama Bandar Melaka di waktu malam, dapat juga merehatkan akal fikiran nie..


Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Tempat menarik di Pahang. Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang merupakan sebuah bangunan atau pun sebuah bandar kecil yang diadaptasikan dari sebuah bandar di Perancis. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bandar Colmar di France. Colmar Tropicale ini di bangunkan oleh Berjaya Group. Ini pun kunjungan pertama teman kesini. 

Semasa menyusur keluar dari lebuhraya Karak, jalan ke Bukit Tinggi agak sunyi juga. Amat jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain. Kami tiba di Bukit Tinggi dalam pukul 2.30 petang dan bermulalah kunjungan teman bersama keluarga disini.

Untuk berkunjung kesini, bayaran masuk dikenakan di pintu masuk utama sebanyak MYR12.00 untuk dewasa dan MYR8.00 untuk kanak-kanak. Bayaran masuk ini adalah untuk Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Bagaimana pun jika menginap di Colmar Tropicale atau di Le-Chevalier, bayaran masuk ini boleh di tuntut semula sewaktu mendaftar keluar.

Apa yang menarik di Bukit Tinggi nie? Sebenarnya, tak ada apa-apa pun selain menikmati panorama kehijauan, bangunan bercirikan seni bina Eropah berserta landskap yang menarik.

~ english style k0t..x tw la..hehe~



nice view~


~ map untuk yang berhajat datang sini~



~copy paste~